273834 1
in

Gitar yang dihancurkan oleh Kurt Cobain Nirvana dijual pada harga hampir USD$600,000

Gitar hancur milik Kurt Cobain, iaitu Fender Stratocaster hitam, baru-baru ini telah dijual di lelongan dengan harga hampir $600,000 (RM2,722,222.22). Kurt Cobain, mendiang vokalis Nirvana, sangat terkenal dengan persembahannya yang bersemangat.

Gitar itu telah musnah ketika Nirvana sedang mengusahakan album Nevermind mereka pada awal 1990-an. Walaupun ia telah dipasang semula, gitar itu masih tidak boleh dimainkan.

FILES us ENTERTAINMENT music auction NIRVANA COBAIN2105 1684660076

Ditandatangani oleh ketiga-tiga ahli kumpulan, dan memaparkan inskripsi ikhlas daripada Cobain kepada mendiang rakan dan kolaboratornya Mark Lanegan, instrumen itu mengandungi tandatangan salah ejaan “Kurdt Kobain”.

Kurt seorang perintis grunge, sangat terkenal dalam memusnahkan beberapa buah gitar Fender Stratocaster sepanjang kerjayanya. Pada mula lelongan, gitar itu dijual pada harga sekitar $60,000 hingga $80,000 sahaja, dalam sebuah lelongan di Hard Rock Cafe di New York City. Tanpa disangka, ia telah melonjak sehingga ke harga USD$595,000, dan itu sangat mengangumkan kata Kody Frederick dari Julien’s Auctions.

FILES us ENTERTAINMENT music auction NIRVANA COBAIN2105 1 1684660080

Gitar itu dilaporkan diberikan oleh Kurt kepada Mark Lanegan, seorang rakan dan kolaborator muzik Kurt, semasa jelajah Nevermind Nirvana pada tahun 1992. Namun begitu, Mark telah meninggal dunia, pada tahun lepas.

Sumber: AFP

ff9 plats alt

Nombor plat FF9, FF99, FF999 rupanya dibeli oleh individu yang sama

Uncle Roger on Screen

Uncle Roger disekat daripada Weibo selepas berkongsi video bergurau tentang China