Screenshot 520
in

Gelagat Rita Rudaini menyemak kerja sekolah anaknya buat netizen terhibur

Dalam video tular terkini, anak sulung pelakon Rita Rudaini, iaitu Airit Rayyan Rizqin, telah menarik perhatian ramai warga netizen.

Dengan jumlah tontonan 1.7 juta, video itu memaparkan Rita sedang menyemak kerja sekolah anaknya Rayyan. Namun, ayat tertentu yang dibina oleh Rayyan benar-benar menarik perhatian semua orang.

@ritarhdpvuv 🫢🫢 #fyp #fypシ #xybc ♬ bunyi asal – RITA RUDAINI🗣

“Ayat Rayyan macam kureng,” kata Rita

“Seorang perempuan sedang menyisir rambut dengan menggunakan sikat supaya rambutnya tidak berterabur, Rayyan apa itu terabur, cikgu pernah ajar ke ayat berterabur?,” tanya Rita

“Mummy selalu cakap ayat tu,” jawab Rayyan

“Itu Mummy yang cakap, kenapa Rayyan suka ikut apa yang Mummy cakap,” tambah Rita

Penting bagi ibu bapa untuk menggunakan bahasa yang sesuai ketika berkomunikasi dengan anak-anak mereka.

Sumber: Tiktok

PicsArt 10 20 12.24.19

Tiz Zaqyah tak berani makan pisang di tempat awam, bimbang lelaki fikir kotor

klia autogate

Pengembara antarabangsa dari senarai negara ini boleh menggunakan Autogate di KLIA & KLIA2