Dalam sebuah hantaran baru dari akaun TikTok rasmi Alam Flora Sdn Bhd, mereka telah memuat naik sebuah video yang memaparkan pekerja mereka sendiri mengambil bahagian dalam tarian Cupid yang terkenal.
Video berdurasi 33 saat itu bermula dengan beberapa pekerja menggayakan aksi condongan kepala di bahu mereka, diikuti dengan isyarat ‘cinta’ daripada pekerja lain.
@alamflorasdnbhd Walau di mana mereka berada dan apapun rintangan, hero-hero Alam Flora tetap menjalankan tugas dengan penuh ceria demi memastikan kawasan anda sentiasa bersih dan sihat ♻️🍀 #JomRawatBumi #HeroTidakDidendang #UnsungHeroes #fyp #masukberanda ♬ original sound – Alam Flora Sdn Bhd
Video tular ini telah tersebar meluas dalam platform media sosial, menarik perhatian ramai warga netizen. Ruangan komen dalam video tersebut turut dibanjiri dengan banyak komen positif, malah memuji abang-abang Alam Flora kerana mereka kelihatan bersemangat.
Ramai netizen merakamkan rasa terima kasih mereka kepada kumpulan ini kerana memilih untuk melaksanakan tugas mereka, walaupun dalam keadaan cuaca panas terik.
Sumber: Tiktok