wp to social pro 3353 converted b95edc9b5b.jpg
in

Fatin Afeefa dan Opai padam foto sama sendiri di Instagram, timbul tanda tanya pada netizen

Aliff Awang, suami kepada pelakon Fatin Afeefa, berdepan kritikan teruk baru-baru ini, selepas memuat naik video mengeluarkan kata-kata hina pada kereta jenis bukan supercar di acara pameran kereta. Menjawab kontroversi yang menyelubungi suaminya, Fatin sendiri mengambil pendekatan menyindir suaminya itu.

@fatinafeefa8 Honda pekak, AMG, mustang semua najis dia cakap. Kita pun di najiskan nya. Takpe, geng honda send me a selfie with your Honda, fa nak belanja 100 box #leanbyfa ♬ original sound – 𝐑𝐚𝐩𝐃𝐮𝐥𝐮𝐁𝐚𝐫𝐮𝐊𝐚𝐦𝐮

Terbaru, akaun Instagram Fatin telah mendapat perhatian warga netizen kerana tidak lagi memaparkan sebarang gambar dia bersama suaminya. Selain daripada itu, Fatin juga telah dilihat memakai tudung dalam banyak muat naik baru-baru ini, walaupun tiada kenyataan rasmi mengenai keputusannya untuk memakai tudung sepenuhnya.

Screenshot 2023 06 12 at 1.25.15 PM 590x889 1

Tambahan lagi, akaun Instagram Aliff yang dikenali sebagai Opai, tidak lagi memaparkan gambar isterinya mahupun posting berkaitan perkahwinan mereka. Sebaliknya, dia cuma membuat hantaran berkaitan pelaburan saham online yang dijalankannya. Bagaimanapun, kedua-dua mereka masih mengikuti satu sama lain di platform tersebut.

Screenshot 2023 06 12 at 1.26.44 PM 590x850 1

Aliff menerima kritikan teruk daripada netizen selepas kenyataannya yang menyindir mereka yang memiliki kereta selain supercar menjadi tular. Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman, turut memberi komen terhadap video tersebut, dan menasihatkan Aliff supaya tidak bersikap sombong dan menghormati semua pemilik kereta, tanpa mengira jenis kenderaan yang dimiliki.

janna 1 17

Ustaz Wadi Annuar menjawab kehadirannya ke majlis resepsi Janna Nick dan Dini

bunga coldplay

Bunga bersyukur dapat buat persembahan pembuka konsert Coldplay di Malaysia