Pelakon dan pengacara Dynas Mokhtar, juga dikenali sebagai Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar, tidak sabar menantikan ketibaan anak keempatnya — seorang anak perempuan yang dijangka dilahirkan pada bulan Jun nanti. Dynas, yang telah mempunyai dua anak hasil perkahwinan terdahulu, bernama Khyra Khalyssa dan Mohamed Haqaish, teruja dengan kehamilan ini kerana akan mendapat seorang lagi anak perempuan.
Baru-baru ini, selebriti dan usahawan pelbagai bakat itu menganjurkan baby shower bertemakan rona merah jambu untuk meraikan cahaya mata baru kepada keluarganya. Walaupun mengandung pada usia 40-an berbeza daripada pengalaman sebelum ini pada usia 20-an dan 30-an, Dynas memberitahu bahawa dia mampu untuk mengharungi tempoh mengandung tersebut.
“Kehamilan anak keempat ini tidak dirancang dan saya juga berasa risau risiko dan komplikasi ketika mengandung pada usia menjelang 40-an ini.
“Saya harap anak keempat ini adalah yang terakhir
“Terus terang, saya memang berasa cepat penat sepanjang mengandung anak keempat ini,” ujar Dynas.
Dari segi persiapan menyambut kelahiran bayi, Dynas telah menyediakan kelengkapan bayi yang kebanyakannya baru. Pada April 2018, Dynas berkahwin dengan ahli perniagaan Mohamad Shazrik Che Mohd Din, 40, dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Edriel Obil, yang kini berusia empat tahun.
Sumber: Nona