Seorang pendakwah tempatan telah memberi teguran kepada selebriti supaya tidak memakai pakaian syuhrah iaitu pakaian yang pelik dan menarik perhatian.
Pensyarah Fakulti Pengajian Al-Quran dan As-Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Kamilin Jamilin berkata, pakaian sebegitu dilarang dalam Islam kerana ia boleh menimbulkan perasaan terpinggir dan perasaan hebat daripada orang lain.
“Pakaian sebegini dilarang dan salah dalam Islam walaupun tidak mendedahkan aurat sebab ia termasuk dalam kategori libas al syuhrah iaitu pelik tetapi mengundang perhatian.
“Sebab ia boleh jadi pembaziran malah Islam juga ingin menjaga umatnya daripada sikap riyak atau menunjuk-nujuk.
“Riyak ini muncul apabila kita rasa lebih hebat dan unik daripada orang lain. Apabila kita biasa mengundang perhatian atau tumpuan ramai, lebih susah untuk menjaga hati,” jelasnya.
@drkamilinjamilin 🔥 Ancaman Buat Pemakai Pakaian "Syuhrah" (Menonjol Yang Mencuri Tumpuan) #Muhasabah #AmaranNabi ♬ original sound – Dr. Kamilin Jamilin
Kamilin menjelaskan, pakaian syuhrah bukan sahaja mengenai harga tetapi penampilan yang menarik perhatian ramai sudah cukup untuk menjadikan ia salah di sisi agama.
“Jadi saya menyeru sahabat-sahabat terutamanya selebriti dan pereka fesyen, jauhilah rekaan yang mengundang ke arah syuhrah ini.
“Tak semestinya pakaian itu perlu gah atau mewah baru jadi syuhrah… jangan nampak pelik, lain daripada orang lain sehingga mengundang sensasi dan perhatian disebabkan keanehannya.
“Kalau orang lain datang majlis itu pakai biasa-biasa, jangan pula datang dengan berlainan atas bawah sehingga menjadi perhatian orang,” kongsinya lagi.
Dia turut meminta selebriti wanita dan masyarakat umum berhati-hati kerana tindakan sedemikian boleh memberi impak besar kepada seseorang termasuk menghalang mereka daripada masuk syurga.
“Ada pun yang sampai ada orang kena angkat, itu tradisi jahiliyah dulu untuk kesombongan,” jelasnya.
Kamilin membuat penjelasan itu menerusi video yang dimuat naik di TikTok miliknya pada hari Ahad.
Komen Kamilin datang selepas penyanyi Aina Abdul tampil dengan gaya luar biasa pada acara karpet merah Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 (ABBPH35) di Istana Budaya, Kuala Lumpur.
Aina tampil dengan tiga pakaian berbeza, termasuk sut merah bersaiz besar yang memaksanya muncul dalam lori kontena kaca.
Peminat yang prihatin dengan gaya Aina turut mendoakan agar penyanyi itu melihat penjelasan Kamilin dan menyedari tindakannya itu sebenarnya salah.
Sumber: TikTok