syamirul bunkface
in

Dijemput naik ke pentas menyanyi bersama, tidak sangka lelaki ini ‘take over’ tempat vokalis Bunkface

Keyakinan seseorang yang bukan artis untuk berdiri di atas membuat persembahan perlukan semangat yang tinggi, namun itu bukan masalah bagi Syamirul dari Johor, 25, ketika dijemput menaiki pentas oleh kumpulan Bunkface untuk menyanyikan lagu berjudul Panik.

@justpicasso_ pegi AMK vibing❌ pegi AMK take over stage✅ 🫡🫡🫡 #fyp #foryoupage #johorbahru #festivalakumuzikkamu2023 #coactionmagic #bunkface #panik ♬ original sound – syamirulforsept

Dia sendiri mengakui terkejut dengan panggilan tersebut, dan tidak mahu melepaskan peluang untuk menunjukkan bakat yang dia ada. Rata-rata netizen yang melihat video tersebut memberitahu jika Sam Bunkface mahu bersara awal, dan mahu mencari ahli vokalis baru, mungkin Syamirul adalah orang yang sesuai.

Pada saat dia turun ke pentas, dia memberitahu bahawa dia tidak periksa langsung telefon dia, kerana katanya bateri sudah habis. Alangkah terkejutnya apabila dia dapat caj semula telefon, dan membukanya pada hari esok, bertalu-talu notifikasi diterima memberitahu tentang video persembahannya telah tular di media sosial.

Meskipun dia dilihat boleh menjadi vokalis pada mana-mana band, tapi menurutnya ianya hanya sekadar suka-suka sahaja, dan tidak terfikir mengenai perkara tersebut.

Menurut laporan dari mStar, itu sebenarnya bukanlah kali pertama Syamirul dijemput naik ke atas pentas. Padanlah nampak cantik persembahan, ada pengalaman rupanya.

Sumber: Tiktok

water kel bonus

Terima bonus sehingga RM10,000 seorang, tapi isu air masih belum selesai

51684818032 tiketColdplay

RUU antiulat tiket akan diperkenalkan tidak lama lagi