farid kamil berpurdah ceramah anwar
in

Demi untuk menjiwai watak, Farid Kamil berpurdah labuh pergi ceramah Anwar Ibrahim

Pelakon Farid Kamil yang terkenal dengan lakonan terbarunya dalam filem biopik Anwar: The Untold Story, baru-baru ini berkongsi dedikasinya membawakan watak Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tersebut.

Pelakon berusia 42 tahun itu melakukan beberapa selidik, dan turut menghadiri salah satu ucapan Anwar secara berpurdah, memandangkan peluangnya terhad untuk mendekati Perdana Menteri ke-10 itu.

Komitmen Farid itu dikongsi dalam video terbaru yang dimuat naiknya di Instagram, di mana dia dilihat memakai purdah hitam labuh, ketika menghadiri ucapan Anwar di Melaka hujung tahun lalu.

Sumber: Instagram

buli banner003 12e166e4

KPM mahu orang ramai lapor kejadian buli di portal aduan buli

349337099 1639528573233226 4478619051383148 n

Rangka rumah di Melaka ini dijual pada harga RM243,000