Pengarah terkenal Datuk Yusof Haslam baru-baru ini telah muncul dalam sebuah video di TikTok, menunjukkan keindahan rumah agamnya, bagi memenuhi permintaan pelajar latihan industri yang bekerja di syarikatnya, Skop Production.
@skoptiktok Vlog Di Rumah Datuk Yusof Haslam #fyp #vlog #skoptiktok #skopproductions ♬ Membayang Terbayang – Angsakarta
“Hello guys, hari ni ada budak-budak intern duk sibuk nak ikut saya tengok kebun saya, ayam, itik, kambing-kambing yang saya bela. Okay, let’s go!,” katanya.
Dalam video berdurasi lima minit itu, dia dengan bangganya menunjukkan tanaman, haiwan ternakan, dan pelbagai kemudahan yang terdapat di rumahnya, yang pernah dipaparkan dalam drama dan filem arahannya.
Sikap Datuk Yusof yang sentiasa merendah diri berkongsi keadaan rumahnya telah mendapat respon positif netizen di ruangan komen.
Sumber: TikTok