DSC 6832 scaled 1
in

Datuk Yusof Haslam baru ketahui keputusan perceraian, berharap suatu hari nanti mereka akan bersama semula

Penerbit Datuk Yusof Haslam melahirkan rasa syukur yang apabila mengetahui kemelut rumah tangga membabitkan anak lelakinya Syamsul, dan pelakon Puteri Sarah Liyana telah mencapai penyelesaian secara baik. Dia juga berharap keputusan pagi tadi dapat menamatkan semua cerita negatif yang menyelubungi kisah pasangan tersebut, dan membuka jalan kepada kehidupan baharu.

“Ini perceraian secara baik. Mereka buat demi anak-anak. Jika dilakukan secara baik apa yang diharapkan ia tidak menyakiti hati sesiapa.

“Saya pun bosan orang asyik bertanya. Kisah mereka sebelum ini buat ramai orang resah dan wujud persepsi tidak baik, jadi sekarang masing-masing boleh bawa haluan masing-masing dan lupakan apa yang berlaku,” katanya

Syamsul secara rasmi melafazkan cerai bertalak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, dalam prosiding yang dibuat secara tertutup.

“Saya sibuk hari ini (Rabu). Tidak tahu mereka sudah berpisah. Saya terima keputusan tersebut walau hati ini agak sedih sebab kalau boleh tidak mahu perceraian.

“Saya pun sudah lama tidak berhubung dengan Syamsul,” ujarnya.

Datuk Yusof bagaimanapun tidak mengetahui proses perceraian hari ini, dan menyatakan hasratnya untuk menjaga hubungan baik dengan Puteri Sarah, kerana dia adalah ibu kepada dua orang cucunya.

Walaupun begitu, dia juga masih berharap jika Syamsul dan Puteri Sarah dapat berbaik semula sebagai pasangan suami isteri suatu hari nanti.

“Mereka bercerai talak satu, kalau ada jodoh boleh berbaik semula. Sekarang ini saya harapkan mereka dapat jalankan tanggungjawab dengan baik terhadap anak-anak.

Sumber: mStar

maxresdefault 20

Treler teaser pertama Elio, filem dari Disney dan Pixar mengenai budak yang diculik makhluk asing

Shahrin Canva OB FB 2023 06 14T143816

Kes saman Puteri Sarah terhadap Ira Kazar juga selesai – Peguam Syamsul