hm124hattan 1608100442
in

Datuk Hattan kata persembahan diterimanya masih banyak, kontroversi tak jejas rezekinya

Penyanyi Datuk Hattan kekal memberitahu dirinya tidak terjejas dengan kontroversi baru-baru ini, dia turut menegaskan bahawa aktiviti seninya masih diteruskan tanpa gangguan.

“Alhamdulillah, saya tak menang tangan ditawarkan menyanyi di sana sini. Ada satu syarikat ambil saya menyanyi untuk lima ‘show’ anjuran mereka di seluruh negara. Sudah semestinya saya menyanyi dengan iringan pemuzik pengiring,” katanya.

Di sebalik dakwaan penjualan tiket yang teruk telah menyebabkan konsert ‘Sifu & Aku 38’ bersama Datuk M. Nasir dibatalkan, Hattan menjelaskan penangguhan itu ditunda atas beberapa faktor, antaranya kematian kakitangan Luncai Emas milik M. Nasir.

“Yang kendalikan urusan di sana ialah Allahyarham Sham Amir Hussain. Arwah bawa masuk banyak penaja untuk konsert ini.

“Jadi, buat masa ini konsert terpaksa ditunda untuk sementara waktu. Saya diberitahu tiket berharga RM1,000 dan RM188 untuk konsert di Sabah habis dijual.

“Persediaan untuk show pun dah dibuat tanpa masalah. Kami semua dah dibayar sekitar 60 peratus. Ia mungkin akan berlangsung sekitar Ogos nanti. Kami akan buat sidang media khas untuk perkembangan lanjut nanti,” katanya.

Konsert itu pada mulanya dijadualkan pada 25 Mei di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), diikuti dengan persembahan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah pada 1 Jun.

Sumber: Rotikaya

1909384

Datuk Hamidin mencari solusi bagi isu pertembungan tarikh konsert Coldplay dengan perlawanan FIFA

Siemens Microsoft collaboration

Kajian dari Microsoft menyatakan 62% pekerja di Malaysia bimbang dengan teknologi AI