ayahx HMfield image socialmedia
in

Datin Alyah alami kisah seram ketika merakam lagu Alunan Biola dari Saloma

Penyanyi Datin Alyah telah berkongsi pengalaman menyeramkan ketika merakamkan lagu keroncong “Alunan Biola,” yang dinyanyikan oleh Allahyarhamah Puan Seri Saloma. Alyah mendedahkan semasa proses rakaman lagu tersebut, dia terdengar suara misteri menyanyikan lagu itu bersamanya, menyebabkan dia berasa seram.

“Kejadian berlaku sekitar 2003 atau 2004. Masa itu, saya merakamkan lagu ini untuk program radio terbitan RTM.

“Proses rakaman dibuat di studio Rentak 50. Ketika proses rakaman dijalankan, saya terdengar suara lain turut bergema dan menyanyikan lagu Alunan Biola bersama saya,” katanya.

Tambah menyeramkan lagi, Alyah memberitahu penyanyi lain yang pernah merakamkan lagu klasik ini turut mengalami kejadian aneh.

“Selepas rakaman lagu, keesokannya saya terus demam. Tubuh saya juga terketar-ketar. Saya diberitahu oleh juru audio ada beberapa penyanyi lain turut demam selepas merakamkan lagu ini,” jelasnya.

Namun di sebalik pengalaman yang seram itu, Alyah telah bersedia untuk membuat persembahan di Konsert Penghayatan Irama Keroncong Malaysia di Panggung Sari, Istana Budaya, pada 5 dan 6 Ogos 2023 ini.

Konsert itu akan menampilkan penyanyi tersohor seperti Datuk Yusni Hamid, Datuk Khadijah Ibrahim, Datuk Awie, Han Byul, Rizal Ahmad, Jamilah Abu Bakar, dan Rasyidah Abd Rahim.

Sumber: Xtra

Wb Halal

Syarikat bukan Islam pegang 72 peratus sijil halal berbanding syarikat bumiputera

jocelyn chia hina malaysia mh370

“Saya tidak berdendam terhadap Malaysia” – Jocelyn Chia kata sketsa komedinya adalah amalan biasa bagi pelawak