caprice ebit liew lew hantar surat saman segera
in

Caprice desak Ebit Lew hantar saman segera supaya Mondy boleh saman balas dengan bukti

Penyanyi rap Caprice, atau nama sebenarnya Ariz Ramli, telah mencabar pendakwah bebas Ebit Lew untuk menghantar surat saman kepadanya berikutan pendedahan yang dibuat oleh Mondy Tatto dalam podcastnya baru-baru ini.

Caprice berkata, permintaan itu bagi membolehkan Mondy menghantar semula saman kepada pendakwah berserta bukti.

“Salam Ebit Lew, kalau boleh cepat sikit hantar saman tu.

“Supaya pihak Mondy boleh saman balik sekali dengan bukti,” katanya dalam satu hantaran di Instagramnya.

Caprice turut memaklumkan akan memuat naik lebih banyak pendedahan yang dibuat oleh Mondy pada Jumaat ini.

Dalam video yang dimuat naik di Instagram Caprice itu, Mondy mendakwa dia tidak pernah belajar mengaji dan solat seperti kata Ebit sebelum ini. Malah, menurut Mondy, dia tidak pernah bertemu dengan isteri pendakwah itu.

“Aku belum pernah bertemu dengan isterinya.

“Ini bukan fitnah, ini bukan cakap kosong. Satu masa nanti akan terbukti kebenarannya,” katanya.

Terdahulu, Ebit tampil membuat laporan polis berhubung pendedahan yang disifatkan sebagai fitnah terhadapnya di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, Selangor pagi semalam.

Sumber: Instagram

watie dekta shuib

Shuib larang isteri Watie Hanifiah dan anak perempuannya daripada berlakon

zaiton sameon terima bantuan jkm

Zaiton Sameon akhirnya terima Bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat