Penyanyi muda dan berbakat, Bunga Isme, melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kerana diberi peluang menjadi artis pembuka konsert Coldplay pada November nanti. Melalui hantaran Instagramnya, dia berkongsi kegembiraannya kerana menjadi sebahagian daripada acara konsert berprestij yang menampilkan salah satu kumpulan muzik terkemuka dunia.
Penyanyi lagu hit “Intan Payung” itu turut memohon doa orang ramai, serta sokongan untuk menjadikan persembahannya lebih baik.
Ramai warga netizen di ruangan komen melahirkan rasa teruja dan mengucapkan tahniah atas pencapaian itu. Namun, ada juga segelintir netizen yang meluahkan rasa cemburu kerana Bunga akan berpeluang bertemu dan menonton sebuah band rock popular Britain secara percuma.
Sumber: Instagram