black hanifah jawab tuduhan beli kapal layar
in

Black Hanifah menjawab tuduhan dia membeli kapal layar dari sumber wang haram

Penyanyi Black Hanifah menjawab tuduhan dia membuat pengubahan dana haram atau cuci duit berkaitan pembelian kapal mewahnya.

Dia menjawab isu tersebut dari akaun Instagram, menjelaskan bahawa cabaran yang ditimbulkan oleh pandemik Covid-19 mendorongnya mengembangkan perniagaan dan kerjaya nyanyiannya.

“Kalau dulu, saya baru mula jadi penyanyi dulu mungkin saya hanya mengharapkan duit daripada show. Career saya sebagai seorang penyanyi saya hanya mengharapkan duit tu.

“Saya dah mula belajar disebabkan Covid, banyak benda yang saya belajar. Kita kena pelbagaikan, kita kena usaha gandakan duit yang ada dan juga bisnes yang ada.

“Multipurpose kan kita punya income. So, inilah dia saya punya yatch yang digembar-gemburkan, yang dia orang tunjuk bukan main la besar gila. Tapi, takdalah besar itu. Kira okay pada saya, Midnight Lace 52.

“Awak semua boleh cakap saya cuci duit, patutnya pergi tolong orang miskin la daripada beli tu. Takdalah bukan besar macam tu,” katanya.

Black turut menafikan dakwaan bahawa kapal peribadinya adalah besar, menjelaskan bahawa ia adalah hasil usaha dedikasinya sejak tiga tahun lalu.

Sumber: Instagram

ular kapak patuk anak

Bapa panik tangan anak dipatuk ular berbisa yang menyorok dalam kasut

FxEiirxaQAI8NQ5

Taufik tidak setuju Chong Wei masuk Hall of Fame, maka Chong Wei pun suruh tanya BWF sendiri