Pelakon Bella Astillah, 29, mahu menerima peluang untuk menggalas watak sebagai penyondol dalam kerjaya lakonannya. Dia tertarik dengan prospek menggambarkan watak berdasarkan pengalaman sebenar. Bella terbuka untuk memainkan sebarang watak peranan, malah watak jahat sekalipun, kerana ia membantu meningkatkan kemahiran lakonannya.
“Kalau ada tawaran watak itu saya akan menerimanya sekarang. Saya okay saja untuk melakonkan watak itu sebab mahu tahu apa yang mereka (penyondol) rasa? Seronok ke?
“Bukankah hidup sebagai ‘penyondol’ menjadi tidak tenang dan berasa takut?
“Saya percaya setiap watak yang dijayakan adalah sebahagian daripada proses pembelajaran untuk menjadi lebih bagus dalam bidang lakonan.
“Saya berharap dapat peluang melakonkan watak jahat yang mampu mencabar lakonan sedia ada selepas ini,” ujarnya
Bella bersedia untuk menghadapi kritikan daripada penonton apabila memainkan watak jahat atau penyondol, kerana ia adalah sebahagian daripada proses pembelajaran untuk menjadi lebih bagus dalam bidang lakonan. Dia menghargai pandangan dan nasihat daripada suaminya, Aliff Aziz, sebelum menerima sebarang tawaran berlakon.
“Jika penonton berasa benci ia disebabkan lakonan saya melakonkan watak terbabit benar-benar menjadi. Bila bergelar pelakon kita akan cuba apa saja watak yang diberi.
“Dari situ kita akan melalui pengalaman. Kalau tak buat, sampai bila-bila kita tidak akan melalui proses terbabit.
“Begitu juga dengan Aliff, kami sama-sama berkongsi. Aliff pun akan tanya pandangan saya kalau dapat tawaran. Jika sebelum ini kami buat keputusan sendiri,” katanya
Hubungan pasangan itu pernah berdepan dengan cabaran sebelum ini, apabila Aliff terjebak dengan cinta di lokasi penggambaran dengan dua pelakon wanita. Walau bagaimanapun, pasangan itu memilih untuk berdamai, demi untuk menyelamatkan rumah tangga mereka.
Sumber: Harian Metro