hidayah ali puteh
in

Balu Allahyarham Abam Bocey, Hidayah menolak bayaran duit saman dengan motosikal daripada Ali Puteh

Balu Allahyarham Abam Bocey, Siti Norhidayah Mohd Ali, enggan menerima motosikal sebagai bayaran hutang saman Ali Puteh kepadanya.

Hidayah berkata, dia menolak tawaran itu kerana mahu hutang itu dibayar secara tunai, seperti yang diarahkan mahkamah.

“Saya menolak cara pembayaran pihak sana (Ali) disebabkan mereka ingin membayar dengan menggunakan kenderaan seperti motosikal. Saya tidak menerimanya, hal ini kerana hutang perlu dibayar dengan wang ringgit, bukan barang atau selain daripada itu.

“Saya pun tidak menggunakan motosikal berkenaan yang ingin diberikan kepada saya seperti Yamaha RXZ, Yamaha 125Z dan Yamaha Y15. Wajarkah? Sekiranya pihak sana mengatakan semua motosikal itu masih ada nilainya, sila jual dulu dan wang itu dibayar kepada saya,” katanya.

1485734
Gambar hiasan

Hidayah berkata bahawa dia tidak menggunakan motosikal yang ingin diberikan oleh pihak Ali, dan dia tidak nampak mengapa dia perlu menjualnya untuk mendapatkan wang yang terhutang.

“Persoalannya, mengapa dan kenapa pihak sana tidak mahu menjual terlebih dulu motosikal itu dan kemudian wangnya diberikan kepada saya untuk selesaikan hutang? Mengapa dan kenapa perlu memberi motosikal itu kepada saya dan saya pula yang perlu jual untuk dapatkan wang?” katanya lagi.

Hidayah berkata lagi, dia masih menunggu Ali membayar hutang, dan akan mengambil tindakan undang-undang jika dia tidak berbuat demikian.

Terdahulu, Hidayah menerusi hantaran di Instagram @abam_bocik meminta Ali serta kakaknya membuat pembayaran segera hutang mereka kepadanya yang lama tertunggak selepas dia menang kes saman itu pada 18 Februari tahun lalu.

Hidayah memaklumkan hingga kini Ali masih belum melunaskan bayaran hutang sebanyak RM76,000, manakala RM2,000 lagi hutang yang perlu dibayar oleh kakaknya.

Dalam hantaran di media sosialnya itu, Hidayah juga memuat naik tangkap layar kisah Ali yang kini giat menjalankan perniagaan sambal petai dan jering berlado yang semakin maju.

Konflik antara Hidayah dan Ali bermula pada 2020, apabila Ali didakwa membuat kenyataan menghina tentang dirinya di media sosial. Hidayah memfailkan saman terhadap Ali dan tiga ahli keluarganya, dan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memerintahkan mereka membayar ganti rugi RM60,000 kepadanya.

Sumber: Harian Metro

najib razak setahun dipernjara

Genap setahun Najib Razak dipenjara, tikar sejadah menjadi peneman

PlayStation Portal Official

PlayStation Portal akan dilancarkan lewat tahun ini dengan harga RM929