Usahawan Asyraf Khalid mendedahkan dia adalah matchmaker penyanyi Nabila Razali dengan Nik Iruwan.
Asyraf berkata, dia telah menjemput Nabila dan Nik ke majlis sambutan hari lahir, tetapi Bella (Nabila) tidak hadir tepat pada masanya.
“Nik datang pada masa yang tepat dan kelihatan sangat segak namun dalam jam 9.30 malam, Bella masih tidak munculkan diri.
“Jadi, saya menghantar gambar kami kepada Bella memberitahu kami sedang menantinya. Bella merasa sangat malu, tetapi sepupu saya rapat dengan Bella dan meyakinkan bella untuk hadir ke majlis tersebut,” katanya.
Asyraf berkata lagi, dia terlebih dahulu bertanyakan tentang status Nabila dan Nik ketika bertemu di rumah terbuka itu. Kedua-duanya berkata mereka bujang dan tidak mempunyai kawan istimewa.
“saya bertanya kepada Nik, ‘Nik, siapa teman wanita awak sekarang?’ Dia berkata, ‘Saya bujang, saya mahu berkahwin, tetapi saya mahu mencari wanita yang betul-betul sesuai.
“Dua hari selepas itu, secara kebetulan, saya bertemu Bella di rumah terbuka lain, dan saya bertanya soalan yang sama.
“Dia berkata dia masih bujang dan dia terlalu sibuk untuk mencari teman lelaki. Secara tiba-tiba, Nik muncul dalam fikiran saya, dan saya terus memberitahu Bella tentang Nik,” katanya lagi.
Dia amat gembira apabila Nabila dan Nik sah bergelar suami isteri selepas bercinta selama enam bulan.
Sabtu lalu, Nabila secara rasmi bergelar isteri kepada ahli perniagaan Nik Iruwan Nik Izani dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Bukit Tinggi. Nabila menerima mas kahwin sebanyak RM22.50, manakala jumlah wang yang dihantar telah dirahsiakan.
Sumber: Instagram