in ,

Awkwafina memberitahu dia pernah tinggal di Kuala Lumpur

Pelakon Awkwafina yang telah membintangi filem terkenal seperti Shang-Chi, Crazy Rich Asians, Renfield, dan yang terbaru, The Little Mermaid memberitahu dia pernah tinggal di Kuala Lumpur dan menonton wayang TGV.

Kenyataan tersebut diberitahu dalam video promosi The Little Mermaid dari TGV, yang telah ditayangkan di pawagam Malaysia sejak 25 May 2023 yang lepas.

Namun begitu, dia tidak nyatakan pula di tempat mana di Kuala Lumpur itu yang dia tinggal, tapi kami rasa mungkin semasa penggambaran filem Crazy Rich Asians yang lepas.

Filem itu dibintangi oleh beberapa pelakon terkenal dan baharu, seperti watak utama Mermaid sendiri oleh Halle Bailey yang merupakan pelakon baharu, selain itu Melissa McCarthy sebagai Ursula, Jonah Hauer-King, Daveed Diggs, Awkwafina, Javier Bardem, Jacob Tremblay, Noma Dumezweni, dan Art Malik.

Sumber: YouTube

ahlong rampas axia anak

Upahan Ah Long rampas kereta anak disebabkan ibu tak bayar hutang, 3 suspek berjaya ditahan

R106

Store Apple pertama di Malaysia terletak di The Exchange TRX dijangka akan dibuka pada Februari 2024