Baru-baru ini tular sebuah hantaran dari Nabil di Instagramnya, yang berkongsikan foto dirinya dengan isteri, bersama-sama dengan Neelofa yang kelihatan hamil anak keduanya.
Hantaran itu telah mencuit hati ramai orang, kerana kapsyen lucu yang Nabil telah letakkan.
“Next to N (Neelofa). Asal jumpa ja mengandung. Asal jumpa je, preggy”
Tidak terhenti disitu, Neelofa turut membalas balik dengan memberi amaran kepada Nabil supaya berhati-hati supaya tak terjangkit dengannya.
Ramai juga turut merindukan gandingan Nabil Ahmad dan Neelofa mengendalikan program Meletop suatu ketika dahulu.
Selepas bekerjasama selama tujuh tahun, Neelofa membuat keputusan untuk meninggalkan persembahan itu selepas memilih untuk berniqab.
Sumber: Instagram