1466410
in

Aliff Syukri pernah hampir menceraikan isterinya, tapi kini sudah kembali bahagia

Ahli perniagaan terkenal dan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri, mengakui dia pernah mempertimbangkan untuk bercerai dengan isterinya, Datin Seri Nur Shahida.

Aliff menyebut pelbagai faktor telah menyebabkan hubungan mereka menjadi retak, namun mujurlah mereka berjaya menyelamatkan rumah tangga mereka.

Aliff meluahkan bahawa dia merasakan isterinya tidak memahami keperluannya untuk mendapat kasih sayang, pujian, dan manja. Dia juga menyebut bahawa isterinya telah melayannya secara berbeza sejak beberapa tahun lalu.

“Dalam melayari perkahwinan sepanjang 16 tahun ni, mungkin 10 tahun itu bergaduh dan enam tahun tu berbaik jadi waktu tu baru dapat rasai nikmat berkahwin… sebab isteri saya ni kurang faham saya, sebab itulah terhasilnya lagu cuba mengerti perasaan ku.

“Isteri tak faham saya sebab karakter dia lebih kepada lelaki, saya pula kepada wanita yang suka dibelai, dipuji dan manja, dalam masa 16 tahun tempoh perkahwinan ni mungkin beberapa tahun kebelakangan ini baru isteri layan saya dengan lembut.

Pada satu ketika, Aliff terfikir untuk berpisah dengan isterinya kerana mereka berdua fokus pada kehidupan dan perniagaan masing-masing.

“Waktu bergaduh tu secara jujurnya saya pernah nak ambil keputusan untuk bercerai dan isteri pun rasa perkara yang sama sebab waktu tu juga saya lebih fokus kepada kehidupan sendiri, perniagaan malah kurang berkawan dengan orang,” katanya.

Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Nur Shahida mengikat tali pertunangan pada Ogos 2007 dan telah dikurniakan enam anak: Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi, Raudah Arshiyah, dan Luqman Al-Hakim.

Sumber: mStar

shahnaaz tunang parody

Foto pertunangan Sharnaaz Ahmad rupanya ini cerita sebenar dia

Picsart 23 03 06 17 39 36 985

T20 penyumbang terbesar cukai di negara ini, sebanyak 85% disumbangkan pada 2022