aliff aziz ibu
in

Aliff Aziz segera menghubungi ibunya bila terkenang kesilapan lalu dirinya

Meluahkan rasa sedih dan kesal yang mendalam, pelakon dan penyanyi Aliff Aziz mengimbas kembali kesilapan yang pernah dilakukannya sebelum ini.

Mengimbau detik gelap sepanjang penggambaran drama “Dia Dari Syurga” yang memaparkan kisah kekeluargaan, Aliff berasa terkilan dan segera menghubungi ibunya, Siti Hafiza Sheikh Mohamad, menerusi WhatsApp untuk meluahkan perasaannya.

353855320 1587203828454953 9174646337159878614 n

“Abang (panggilan diri Aliff) tengah shooting cerita family, jadi tiba-tiba teringat semua kesalahan saya kepada umi dan ayah bertahun-tahun.

“Saya tahu umi telah maafkan, tetapi saya masih mahukan katakan betapa menyesal kerana melibatkan umi dan ayah dalam banyak perkara,” katanya.

Perbualan mereka dikongsi Hafiza di laman Instagramnya, memberi pencerahan tentang perjalanan muhasabah dan pertumbuhan diri Aliff.

353485384 3526533490964975 6627848444820947398 n

“Terlibat dalam penggambaran sekarang ini, fasal mak dan keluarga membuatkan saya lebih memikirkan tentang umi dan ayah,” ujarnya.

Walaupun dimarahi ibu bapanya atas perbuatannya itu, Aliff menegaskan dia tidak pernah berdendam dengan mereka. Malah, Hafiza melahirkan rasa bersyukur atas perubahan anaknya dan mengingatkan Aliff tentang kesilapan lalu, menggesanya untuk terus belajar daripada kesilapan tersebut.

353569263 1411249719716650 516501391244569893 n

“Allah maha baik, Dia gerakkan hati abang. Kami telah lama maafkan dan tidak mungkin umi tak reda.

“Umi minta maaf juga atas kata-kata yang tidak sepatutnya sebagai seorang ibu disebabkan sikap marah,” tulisnya.

Sumber: Instagram

penari belgium tarian malaysia

Penari Belgium ini menunjukkan tarian tradisional Zapin, Joget di Inang di Malaysia

kes baling batu kayu lebuhraya senawang seremban

Polis mencari 4 individu baling batu dan kayu di Lebuhraya Senawang – Seremban