afdlin shauki berkahwin kawin kahwin
in

Afdlin Shauki sahkan sudah bernikah dengan pengurusnya, dapat restu bekas isteri dan anak

Pelakon Datuk Afdlin Shauki mengesahkan dirinya sudah berkahwin dengan pengurusnya sendiri, Marcella, 27 pada Ogos lalu,. Dalam temu bual eksklusif sebuah stesen televisyen terkemuka, Afdlin berkata, dia dan Marcella sudah lama tidak menjalinkan hubungan sebelum memutuskan untuk berkahwin.

“Alhamdulillah saya sudah pun berumah tangga dan dalam keadaan yang bahagia. Saya rasa tenang.

“Alhamdulillah Allah mempermudahkan segala urusan. Itu yang saya mahukan pun, benda ini benda sangat personal bagi saya.

“Masa saya dengan bekas isteri pun anda semua jarang dapat bertemu dengan dia.

“Saya tidak mahu perkara itu menjadi fokus sebab saya orangnya memang begitu. Perkara peribadi biarlah saya yang hadapi dan galas,” jelasnya.

1028545

Afdlin turut mendedahkan perkahwinannya mendapat restu bekas isteri dan anak-anaknya.

“Anak beranak saya, bekas isteri saling kenal mengenali dan merestui. Kami pun dalam keadaan yang sangat gembira.

“Sebab memang cara saya adalah yang personal kita biarkan personal. Yang penting bagi saya adalah kerja,” katanya lagi.

Afdlin berkata, dia memutuskan untuk mengumumkan perkahwinannya kerana tidak mahu lagi berahsia.

@melodiberapi Eksklusif di Melodi, Datuk Afdlin Shauki telah membuat pengakuan sudah berkahwin lagi.. alhamdulillah tahniah kami ucapkan.. semoga perkahwinnan ini berkekalan hingga ke jannah. #meloditv3 #fyp #ceritaartismalaysia #afdlinshauki #kahwin #duda #rakanartis #fypシ゚viral #fypppppppppppppp ♬ original sound – Melodi

“Kita semua berbeza-beza dan ada cara untuk kita tangani dugaan serta cabaran hidup. Alhamdulillah saya punya dah selesai.

“Saya tengok orang lain punya perkahwinan atau penceraian semua tersebar luas. Biarlah itu cara mereka,” ujarnya.

Perkahwinan Afdlin dengan Marcella berlaku selepas berpisah dengan isteri pertamanya, Maria Christina Orow Abdullah, pada April 2022. Afdlin dan Maria Christina telah berkahwin selama hampir 25 tahun dan mempunyai tiga anak bersama.

Sumber: Astro Awani

masjid baling cat jamek kariah taman kucai lunas

Lelaki ditahan baling cat ke perkarangan Masjid, dakwa alami halusinasi akibat dadah

beyonce renaissence bendera pas malaysia

Renaissance dari Beyonce hasilkan meme baru di Malaysia kerana mirip logo PAS