aediy kj
in

Aedy Ashraf berhasrat untuk melakonkan watak Khairy Jamaluddin dalam filem biopik

Pelakon Aedy Ashraf baru-baru ini mendedahkan impiannya untuk membawakan watak tokoh negara dalam filem biopik.

“Saya idamkan untuk bawa watak biopik yang mana saya perlu memainkan watak yang benar-benar hidup.”

“Saya rasa itu antara satu cabaran juga dan agak susah untuk dibawakan. Jika sebelum ini, watak yang saya lakonkan semua berbentuk fiksyen dan dicipta oleh pengarah.”

“Sebagai contoh Farid Kamil yang membawakan watak Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia sangat mencabar.”

Dia menyatakan bahawa memikul watak besar akan membolehkan dia keluar dari zon selesa dan mencabar dirinya sebagai pelakon. Aedy berkongsi cerita ini semasa acara Fam’ Fries Reunion yang diadakan di ibu negara.

Ketika ditanya mengenai watak pilihannya, beliau menyebut hasratnya untuk memegang watak sebagai bekas Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin.

“Saya teringin untuk jadi KJ, saya amat meminati beliau. Saya suka akan karisma yang ada padanya. KJ sangat solid sebagai seorang lelaki.””

“Walaupun ia mungkin tidak akan terjadi, namun ia salah satu cita-cita saya.”

Selain itu, Aedy yang berusia 29 tahun menyatakan cita-citanya untuk menjadi pengarah dan menghasilkan skrip sendiri pada masa hadapan.

Sumber: OhBulan!

misha omar sembunyi top10

Lagu Misha Omar berusia 16 tahun kembali semula dalam carta

editors images 1639722585708 AES Speed Traps Traffic Light Malaysia Featured

Kerajaan mahu menambah lebih banyak kamera AWAS, tahap pematuhan mencecah 99%