Video memaparkan perasaan anak-anak pelawak dan pengacara Shuk Sahar baru-baru ini sangat menyentuh perasaan, apabila dilihat enggan berpisah dengan bapa mereka.
@shuksahar Jumpa lagi ain kondeng jaga diri elok2 ye ayah sayang ain ngn aimy…. #shuksahar #hartaduniaakhirat ♬ original sound – shuksahar
Shuk, juga dikenali sebagai Mohammad Shukri Mohamed Sahar, berkongsi hantaran tersebut di TikTok miliknya, di mana dia cuba menghiburkan anak bongsunya, Nur Assyifatu Aimi, yang enggan melepaskannya. Dalam video tersebut, Aimi turut menyatakan hasratnya untuk terus bersama dengan bapanya selama dia berada di sisi.
“Tapi adik nak tidur dengan ayah… adik nak ayah. Tapi adik nak minta angkat dengan ayah,” luah Aimi.
Ketika ini, anak-anak Shuk menetap di Sabah bersama ibu mereka, Rossa Sera, berikutan penceraian sah pasangan itu pada 22 Mac lalu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.
Bagi meredakan perpisahan, Shuk membawa anak-anaknya bersiar-siar dan membelikan mereka makanan ringan sebelum mengucapkan selamat tinggal. Namun, Aimi tidak dapat menahan tangis apabila menyedari ayahnya akan pergi.
“Ayah balik dulu. Jumpa lagi Ain dan Aimy. Jaga diri elok-elok ayah sayang Ain dengan Aimy,” katanya.
Shuk dan Rossa Sera telah berkahwin pada tahun 2015 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 7 tahun, dan Nur Assyifatu Aimi, 4 tahun.
Sumber: Tiktok