akak kelantan jual emas untung besar
in ,

Wanita jual rantai emas dibeli 2001, terkejut dapat tahu nilai lebih 290% sekarang

Seorang pelanggan di Kelantan baru-baru ini mendapat keuntungan besar selepas menjual semula rantai emas yang dibelinya pada tahun 2001. Rantai tersebut yang pada asalnya berharga RM1,800 sahaja, kini bernilai RM7,142 apabila pelanggan menjualnya pada 2023, lebih daripada 290% keuntungan.

@kedaiemasokidjaya Emas ni awak nak pakai boleh, nak simpan pn boleh. Tahu tahu duit beranak. Macam akak ni beli untuk pakai je tapi bila nak jual, tiba tiba dapat ‘duit free’. Dia pun terkejut. Besttt 😆👍🏻 #kedaiemaspasarsitikhadijah #kedaiemaskelantan #emas916 #melaburemas ♬ original sound – Kedaiemasokidjaya

“Ni rantainya beli pada tahun 2001. RM1,800 saja (harga) masa tu. Sekarang ni RM7,142 hari ni. Untung banyak la. Untung RM5,342. Barang emas ni menguntungkan.

“Banyaknya untung. Daripada RM1,000 dulu, banyak ni (duit) dia dapat sekarang. Beli sekarang sebab harga emas makin hari makin mahal, betul tak.

“Emas ni nak pakai boleh, nak simpan boleh. Tahu-tahu duit beranak. Macam akak ni beli untuk pakai je. Tapi bila nak jual, tiba-tiba dapat duit free. Dia pun terkejut?” ujar pengusaha kedai itu.

vlcsnap 2023 09 25 15h41m00s513

Pelanggan dalam video yang tular di TikTok tersebut berkata, dia membeli rantai emas itu menggunakan wang hantaran yang diterimanya ketika berkahwin. Dia sememangnya terkejut apabila dimaklumkan tentang nilai semasa rantai tersebut.

vlcsnap 2023 09 25 15h40m13s310

“Ni kak beli tahun 2001, beli emas menggunakan duit hantaran. Berat 27.65 gram. RM1,000 lebih je dulu, hari ni datang tanya, RM7,000 lebih.

“Untungnya orang perempuan ni beli emas. Untung beribu. Dengan emas hari ni. Allah, tapi harga dulu dah tak boleh dapat sekarang.

“Tengok ni, seketul ni (duit). Aduh Ya Allah, tak sangkalah. Dah lama (pakai) kat leher,” ujar pelanggan itu sambil memegang sejumlah wang di tangannya.

Pemilik kedai dalam video itu menjelaskan bahawa pelanggan boleh untung berkali-kali ganda apabila mereka menjual rantai emas lama mereka pada nilai emas semasa. Beliau juga menggalakkan orang ramai membeli emas sekarang, kerana harganya dijangka akan terus meningkat.

vlcsnap 2023 09 25 15h40m36s289

Video tersebut telah mendapat lebih 300,000 tontonan dan telah dihujani dengan komen netizen yang rata-rata ramai bersetuju bahawa emas adalah pelaburan yang menguntungkan. Ada di kalangan netizen juga berkongsi kisah mereka sendiri membeli emas dan mendapat keuntungan apabila menjualnya.

Ramai warga netizen menggalakkan orang ramai membeli emas walaupun hanya mampu membeli dalam jumlah yang sedikit.

Sumber: TikTok

2018 5 21 the people of malaysia have spoken faridiqbalibrahimflickr 0 1

Diskriminasi di Malaysia: Gen Z, penganut Hindu, masyarakat India paling terjejas – Kajian AOD Malaysia

akad nikah oku kelantan viral tular

Majlis nikah pasangan OKU pendengaran guna bahasa isyarat menjadi tular