Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara, telah melancarkan perkhidmatan Instant Delivery yang baharu di Lembah Klang. Ini membolehkan pembeli menerima segera pembelian mereka dalam tempoh masa dua jam selepas membuat pesanan.
Ciri ini disokong oleh beberapa penjual di sekitar Lembah Klang, dan boleh didapati antara 9 pagi dan 9 malam sahaja. Penghantaran dibuat oleh kurier ShopeeFood, dan kosnya ialah RM6 untuk 4km pertama, ditambah RM1 untuk setiap kilometer tambahan sehingga maksimum 30km.
Terdapat beberapa sekatan ke atas barangan yang boleh dihantar menggunakan Shopee Instant Delivery, iaitu barangan mestilah di bawah 10kg, dan bersaiz 30x30x30cm sahaja.
Untuk menggunakan Shopee Instant Delivery, anda hanya perlu buat carian dahulu dan pilih pilihan menu Instant Delivery.
Penjual kemudiannya akan mengemaskini barangan anda, dan menghantar pesanan anda dengan segera. Setelah pesanan dihantar, anda akan menerima pemberitahuan dengan anggaran kos serta masa penghantaran.
Shopee Instant Delivery adalah tambahan yang dialu-alukan kepada landskap e-dagang di Malaysia. Ia menyediakan pengguna dengan cara yang mudah dan pantas untuk menerima pembelian mereka, terutamanya untuk barangan yang mereka perlukan dengan segera.
Sumber: Shopee