08 06 2023 LB U990TA4 m1 1
in

New Balance Malaysia memanggil balik kasut U990TA4 kerana mengandungi bahan kulit babi

New Balance Malaysia telah menarik balik dan menghentikan penjualan kasut dengan nombor kod U990TA4 di pasaran Malaysia, selepas mengesahkan bahawa sebahagian kecil bahan dalam kasut itu mengandungi kulit babi.

Syarikat itu dalam satu kenyataan berkata bahawa ia telah menyiasat secara menyeluruh bahan kasut itu selepas menerima beberapa pertanyaan daripada pelanggan mengenai komposisinya.

08 06 2023 LB U990TA4 2 1

“Ketepatan dan ketelusan adalah penting kepada pasukan kami di New Balance dan kami memohon maaf kepada mana-mana pelanggan yang menerima maklumat tidak tepat daripada pasukan kami,” kata kenyataan itu.

New Balance Malaysia berkata ia akan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kesilapan komunikasi, dan komited untuk menyediakan penyelesaian yang memuaskan kepada pelanggan yang telah terbeli.

08 06 2023 LB U990TA4 4 1

Pelanggan yang telah membeli kasut nombor kod U990TA4 daripada New Balance Malaysia, Crossover atau ATMOS KL layak mendapat pertukaran produk atau bayaran balik penuh di mana-mana kedai New Balance di Malaysia, kecuali di Factory Outlet.

Pertukaran produk atau bayaran balik penuh berkuat kuasa serta-merta dan sah sehingga 3 bulan.

New Balance Malaysia juga telah menarik balik dan menghentikan penjualan model kasut U990TA4 dan telah memaklumkan rakan kongsi dan pengedarnya untuk melakukan perkara yang sama sehingga pelabelan dikemas kini.

Sumber: Facebook

amirudin shaari

Amirudin Shari umum cuti 14 Ogos 2023 (Isnin) jika PH-BN menang PRN

mrt escalator malaysia

Eskalator Rapid Rail beroperasi 100% selepas inisiatif ketelusan data awam