Muhammad Anwar Karthiban scoop my
Sumber imej: Scoop.my
in

Lelaki masuk Islam selepas sedekad berhajat, berterima kasih kepada PM Anwar

Seorang lelaki berusia 27 tahun dari Kedah akhirnya dapat merealisasikan impiannya untuk memeluk Islam selepas 10 tahun mahu melakukannya.

Muhammad Anwar Kartiban, yang kini dikenali dengan nama Anwar, berkata ibu bapanya pada mulanya tidak merestui keputusannya untuk menukar agama, tetapi mereka akhirnya memberi restu selepas dia menyatakan hasratnya untuk berkahwin dengan seorang wanita Islam.

@scoopdotmy

The individual whose recent Islamic conversion courted controversy due to Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s involvement had intended to embrace the religion a decade ago, but had lacked parental approval.

♬ original sound – Scoopdotmy

“Saya terfikir untuk memeluk Islam sejak berusia 17 tahun, tetapi ibu saya tidak membenarkannya.

“Sekarang, apabila saya berumur 27 tahun, ibu saya telah memberi kebenaran kepada saya, kerana mereka (ibu bapa saya) bersetuju selepas melihat (bakal isteri saya) yang saya mahu kahwini dan cintai,” kata Anwar.

Anwar berkata beliau berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mempengerusikan majlis pengislamannya di Masjid Ar-Rahimiah di Klang minggu lepas.

@scoopdotmy

Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Islam Malausia (Perkim), Hushim Salleh berkata pengislaman saudara baharu oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadikan isu hanya kerana beliau Perdana Menteri, sebaliknya jika ia dilakukan oleh individu lain sudah pasti tiada yang akan bising.

♬ original sound – Scoopdotmy

“Saya terkejut (mengetahui) perdana menteri berada di sini (di masjid).

“Saya berasa gembira ketika itu (lafaz syahadat) melihat perdana menteri, yang tidak pernah saya lihat secara langsung, dan dapat memeluk Islam. Terima kasih banyak-banyak (Anwar), yang mengislamkan saya,” katanya lagi.

Anwar berkata beliau kini perlu menghadiri kursus sebagai mualaf baru selama enam bulan sebelum boleh merancang majlis perkahwinannya.

Upacara penukaran agama itu telah mencetuskan kontroversi, dengan beberapa pengkritik menuduh perdana menteri mempolitikkan acara itu. Bagaimanapun, Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Osman berkata perkara itu tidak perlu dipolitikkan kerana mana-mana orang Islam boleh menjadi saksi terhadap pemelukan Islam individu lain.

Ketua Bahagian Perkim Klang, Hushim Salleh juga menjelaskan bahawa upacara pertukaran agama itu adalah spontan, dan dilakukan atas permintaan Anwar sendiri.

Sumber: Scoop

hong kong youtuber kl 2 bulan

YouTuber Hong Kong tinggal di KL selama 2 bulan: Inilah yang dia tidak gemar dan perkara dia suka

What is ChatGPT OpenAI feature has social media obsessed

OpenAI melancarkan pelan ChatGPT untuk pelanggan enterprise