screen 0
in

Guru tadika menasihat ibu-bapa mengenai bahaya kartun Skibidi Toilet

Seorang guru tadika telah memberi amaran kepada ibu bapa tentang kartun yang dipanggil ‘Skibidi Toilet’, yang dikatakan memberi kesan negatif kepada kanak-kanak.

Kartun yang boleh didapati di YouTube itu memaparkan watak lelaki yang keluar dari mangkuk tandas sambil menyanyi. Walau bagaimanapun, dalam episod baru-baru ini, ia juga memaparkan adegan ganas dan tembakan.

Najwa Ayub yang bekerja di sebuah tadika di Bukit Mertajam, Pulau Pinang berkata, beberapa pelajarnya mula berkelakuan pelik selepas menonton kartun itu.

“Saya ada jugak la nampak di tadika, beberapa pelajar yang mula buang barang dalam mangkuk tandas, dia nampak macam tertanya-tanya apa ada dalam itu.

“Kenapa mangkuk tandas, kenapa bukan tempat lain, memang tertanya-tanya lah kita.

“Sampai sekarang, baru terungkap semua misteri sebab ‘Skibidi Toilet’ punya pasal,” jelasnya.

Cik Ayub percaya kartun itu sengaja direka untuk merangsang minda kanak-kanak untuk berkelakuan ganas.

“Semuanya tanpa jalan cerita yang baik, lagu latar belakang juga sengaja diubah suai untuk meransang fikiran kanak-kanak untuk berpelakuan ganas.

“Sebab apa, kanak-kanak di bawah usia tujuh tahun pemikiran dia baru nak berkembang jadi golongan seperti mereka memang dijadikan sasaran utama untuk kaut keuntungan,” katanya lagi.

screen 0 1

Dia menggesa ibu bapa supaya mengambil tahu tentang kartun itu dan menghalang anak-anak mereka daripada menontonnya.

“Otak mereka sedang berkembang pesat, anak-anak tengah membina fahaman mengenai dunia sekeliling mereka.

“Jika dunia mereka hanyalah dengan menonton video pendek YouTube atau TikTok yang tidak memberi apa-apa makna yang hanya menunjukkan keganasan semata, apa fahaman yang mereka bina mengenai dunia sekeliling mereka,” ujarnya.

Kementerian Komunikasi dan Digital masih belum mengulas mengenai perkara itu. Dalam pada itu, ibu bapa dinasihatkan supaya sentiasa memantau bahan yang ditonton oleh anak-anak.

Sumber: Facebook

gaduh besar pandan indah

Lapan lelaki direman selepas pergaduhan antara kumpulan motosikal di Pandan Indah

dolla damelo

Single baharu ‘Damelo’ dari Dolla berjaya tambat hati peminat berbahasa Sepanyol