Vin Diesel nampaknya telah mengesahkan bahawa filem Fast and Furious yang akan datang iaitu Fast X akan menjadi trilogi (3 buah filem).
Bercakap kepada wartawan menjelang tayangan perdana filem itu di Rom, pelakon itu memberitahu bahawa filem itu sebenarnya boleh menjadi tiga filem apabila ditanya tentang masa depan wataknya Dom Toretto.
“Tanpa memberi terlalu banyak informasi saya boleh kata begini. Ketika pembikinan filem ini, studio bertanya sama ada ini boleh menjadi dua bahagian,” katanya.
“Dan selepas pihak studio melihat bahagian satu ini, mereka berkata, ‘Bolehkah anda menjadikan Fast X yang terakhir sebagai trilogi?’ Jadinya, um…” Diesel terhenti, manakala pelako Michelle Rodriguez menambah bahawa terdapat “tiga lakonan dalam mana-mana cerita.”
WATCH: On the red carpet in Rome, Italy, did Vin Diesel just confirm that #FastX is the first part of a… trilogy?! Whoa! It all begins in theaters a week from today. Ready, set… go get your tickets!
🚘🎟's —> https://t.co/jO68lUJ5h6 pic.twitter.com/2DiJsYkgUz— Fandango (@Fandango) May 12, 2023
Walaupun pasangan itu cepat beredar sebelum mengesahkan berita tersebut, tetapi nampaknya kita bakal mendapat tiga bahagian akhir daripada francais itu.
Bersama Diesel dan Rodriguez, Fast X akan menyaksikan kembalinya Tyrese Gibson, Sung Kang, Jordana Brewster, Ludacris, Charlize Theron dan Nathalie Emmanuel. Bintang Captain Marvel, Brie Larson dan Daniela Melchior dari The Suicide Squad juga akan menyertai barisan pelakon filem tersebut. Bintang Aquaman Jason Momoa pula akan berlakon sebagai penjahat terbaru francais bernama Dante Reyes.
Terbaru, The Wrap mengesahkan bahawa pelakon Dwayne Johnson adalah salah satu kejutan besar yang disediakan oleh filem baru untuk peminat. Outlet melaporkan bahawa Dwayne Johnson telah muncul dalam salah satu adegan pasca kredit filem tersebut.
Fast X yang pertama akan mula ditayangkan di pawagam Malaysia pada 17 Mei 2023.