in

Treler teaser rasmi Kingdom of the Planet of the Apes telah tiba

20th Century Studios telah mengeluarkan teaser treler pertama untuk filem Kingdom of the Planet of the Apes, francais filem keempat, dan siri dibuat semula Planet of the Apes.

Kingdom of the Planet of the Apes 1

Diarahkan oleh penghasil trilogi Maze Runner, Wes Ball, dan ditulis oleh Josh Friedman, filem ini dibintangi oleh Owen Teague sebagai Cornelius, anak kepada Caesar. Freya Allan, Peter Macon, dan Kevin Durand juga membintangi peranan sebagai watak sokongan.

Berlatarkan beberapa tahun selepas peristiwa War for the Planet of the Apes pada 2017, Kingdom of the Planet of the Apes menunjukkan masyarakat beruk berkembang maju tanpa kehadiran manusia, yang kemudian bertukar mundur kepada keadaan liar.

Kingdom of the Planet of the Apes Walt Disney Studios

Ketegangan timbul apabila seekor beruk mula memperhambakan puak lain dalam usaha mencari teknologi rahsia manusia.

Di sebalik konflik tersebut, seekor beruk muda memulakan usaha untuk pembebasan, disertai oleh seorang wanita manusia muda dengan matlamat mereka sendiri. Perjalanan mereka akan menguji perhubungan mereka, dan memaksa mereka untuk menghadapi sisi gelap spesies mereka masing-masing.

Kingdom of the Planet of the Apes dijadualkan ditayangkan di pawagam pada 24 Mei 2024.

F98ADo7bQAANlOs

Court 1003

Pempengaruh Instagram dipenjara 1 hari, denda RM400 kerana mencuri di pasar raya

maxresdefault 2

Ryan Gosling adalah stuntman dengan misi dalam treler filem pertama The Fall Guy