Peminat Teenage Mutant Ninja Turtles kini boleh menikmati treler TMNT: Mutant Mayhem baharu, yang memaparkan lebih banyak plot cerita untuk filem animasinya akan datang.
Menurut sinopsis filem itu, “Setelah bertahun-tahun lamanya terlindung dari dunia manusia, adik-beradik Turles berhasrat untuk memenangi hati warga New York, dan diterima sebagai remaja biasa melalui aksi heroik. Rakan baru mereka April O’Neil turut membantu mereka menewaskan sindiket jenayah, tetapi tidak lama selepas itu mereka diserbu pula oleh tentera mutan.”
Dihasilkan oleh Seth Rogen dan diarahkan oleh penulis dari filem animasi The Mitchells vs. the Machines, Jeff Rowe, watak Turtles berempat disuarakan oleh Micah Abbey (Donatello), Shamon Brown Jr. (Michelangelo), Nicolas Cantu (Leonardo) dan Brady Noon (Raphael).
Pelakon suara lain termasuk lah Jackie Chan (Master Splinter), Ayo Edebiri (April O’Neil), Rogen (Bebop), John Cena (Rocksteady), Giancarlo Esposito (Baxter Stockman), Post Malone (Ray Fillet), Paul Rudd (Mondo Gecko) , Maya Rudolph (Cynthia Utrom), Hannibal Buress (Genghis Frog), Rose Byrne (Leatherhead), Ice Cube (Superfly) dan Natasia Demetriou (Wingnut).
Filem Teenage Mutant Ninja Turtles: Mutant Mayhem akan ditayangkan di pawagam pada 2 Ogos.