in

Treler rasmi kedua Godzilla Minus One beri lebih kemusnahan dari raja Kaiju

Toho telah mengeluarkan treler rasmi kedua untuk filem Godzilla Minus One, yang diarahkan oleh Takashi Yamazaki. Treler baharu itu menyaksikan Raja Kaiju tersebut muncul dari laut memusnahkan bangunan, kereta api dan kapal perang.

Treler itu tiba dengan tayangan seluruh negara di Jepun pada 3 November 2023, meraikan ulang tahun ke-69 filem Toho Godzilla, yang juga dikenali sebagai Gojira, ditayangkan pada tarikh yang sama pada tahun 1954.

Godzilla Minus One November Trailer

Godzilla Minus One ialah filem francais kelima dalam era Reiwa, serta filem Godzilla ke-33 dari Toho, dan filem Godzilla ke-37 secara keseluruhan. Filem ini berlaku di negara Jepun sekitar
tahun 1945-1947, berlaku selepas perang dunia ke-2.

Selain menulis dan mengarah, Yamazaki juga mencipta kesan visual Godzilla Minus One bersama Kiyoko Shibuya. Filem Kaiju itu dibintangi oleh Ryunosuke Kamiki, Minami Hamabe, Yuki Yamada, Munetaka Aoki, Hidetaka Yoshioka, Sakura Ando, dan Kuranosuke Sasaki.

godzilla officialtrailerblogroll 1698978495109 1

Godzilla Minus One kini ditayangkan di pawagam Jepun, dan dijangka akan tiba di seluruh dunia pada 29 November 2023.

398737925 18007633532079211 9137774048704145673 n

Lebuhraya Setiawangsa Pantai (SPE) dibuka dengan tol percuma selama 30 hari

cerun

Kerajaan mengenalpasti 31 kawasan hotspot yang berisiko berlaku tanah runtuh