Treler baharu untuk filem Kraven the Hunter, mempamerkan pelakon Aaron Taylor-Johnson memainkan watak penjahat ikonik Spider-Man.
Dalam treler tersebut, Kraven ditunjukkan dia didera semasa zaman mudanya oleh singa di hadapan bapanya (Russell Crowe), yang meninggalkannya untuk mati. Peristiwa traumatik itu telah membawa kepada transformasi Kraven, dan membuatkannya dirinya mahu membalas dendam.
Tidak seperti filem Venom dan Morbius, Kraven the Hunter akan telah diberi penarafan R, bermaksud ini adalah filem Marvel pertama yang mendapat penarafan demikian dari Sony.
Diarahkan oleh J.C. Chandor, Kraven dibintangi oleh Aaron Taylor-Johnson, pemenang Oscar Ariana DeBose, Fred Hechinger, Alessandro Nivola, Christopher Abbott, dan Russell Crowe sebagai bapa Kraven.
Kraven the Hunter akan mula ditayangkan di pawagam pada 6 Oktober 2023 nanti.