The Creator merupakan sebuah filem sains fiksyen arahan Gareth Edwards. Filem ini mengisahkan tentang manusia terlibat dalam perang melawan kecerdasan buatan (AI) bertekad untuk memusnahkan kehidupan manusia, yang mana AI telah memusnahkan bandar Los Angeles dengan serangan nuklear.
Treler teaser itu memperkenalkan watak Joshua, lakonan oleh John David Washington, bekas ejen pasukan khas yang berkabung atas kehilangan isterinya, lakonan Gemma Chan. Joshua direkrut untuk menjejak dan menghapuskan “Pencipta”, dalang misteri di sebalik AI yang bertanggungjawab dalam pembangunan senjata pemusnah untuk pengakhiran dunia. Semasa Joshua dan pasukannya menerokai wilayah yang diduduki AI, mereka membuat penemuan yang mengejutkan: senjata yang ingin mereka musnahkan sebenarnya adalah AI yang terkandung dalam bentuk kanak-kanak kecil.
Filem yang diterbitkan oleh 20th Century Studios, menampilkan para pelakon seperti Ken Watanabe, Sturgill Simpson, Madeleine Yuna Voyles dan Allison Janney. Lakon layar filem ini ditulis oleh Gareth Edwards dan Chris Weitz, berdasarkan skrip cerita dari Edwards.
Barisan penerbit lain selain Gareth Edwards adalah Kiri Hart, Jim Spencer, Arnon Milchan, Yariv Milchan, Michael Schaefer, Natalie Lehmann, Nick Meyer, dan Zev Foreman yang berkhidmat sebagai Penerbit Eksekutif.
The Creator akan ditayangkan di pawagam pada 29 September nanti.