in

Treler baru Barbie menampilkan lagu remix baru dari kumpulan Aqua

Treler terbaharu filem Barbie telah dikeluarkan, memberikan kita pandangan lebih jelas tentang motif filem ini, turut memperlihatkan watak Will Ferrell sebagai eksekutif di syarikat Mattel, dan lagu versi remix Barbie terbaru dari kumpulan Aqua.

Treler kali ini menggambarkan watak Barbie menjadi ingin tahu tentang konsep kematian dan kewujudan, membawa dirinya pergi meneroka ke dunia nyata, untuk mengetahui lebih lanjut tentang maksud kehidupan.

Di samping Margot Robbie dan Ryan Gosling, filem ini akan menampilkan pelakon seperti Will Ferrell, Connor Swindells, Nicola Coughlan, Emerald Fennell, Kate McKinnon, Michael Cera, America Ferrera, Kingsley Ben-Adir, Rhea Perlman, Sharon Rooney , Ana Cruz Kayne, Ritu Arya, Jamie Demetriou, Emma Mackey, Dua Lipa, Issa Rae, Hari Nef, Alexandra Shipp, Simu Liu, Scott Evans dan Ncuti Gatwa.

Gerwig akan berkhidmat sebagai pengarah dan penulis bersama filem Barbie ini bersama suaminya, Noah Baumbach. Filem ini merupakan penerbitan bersama oleh Mattel Films, Heyday Films dan LuckyChap Entertainment Robbie.

Filem Barbie akan mula ditayangkan di pawagam pada 21 Julai 2023.

budak gaduh

Tidak puas hati dibaling pemadam, pelajar sekolah menengah bergaduh di Kempas, Johor Bahru

shila amzah ubai endgame

‘Kami okey cuma saya sahaja’ – Shila Amzah nafi putus cinta bersama Ubai