Treler terakhir untuk filem The Flash sudahpun tiba, memaparkan lebih banyak protagonis dari pelbagai dimensi, termasuk berbilang versi Flash, dua Batman, seorang Supergirl, dan kembalinya General Zod.
Filem ini dibintangi oleh Ezra Miller sebagai The Flash, dengan beberapa pelakon DC lain yang mengulangi peranan sebelumnya termasuk Ben Affleck dan Michael Keaton sebagai versi Batman masing-masing, dan Michael Shannon sebagai Jeneral Zod. Treler baharu itu juga mendedahkan seorang pelakon Jeremy Irons mengulangi watak Alfred Pennyworth, dalam dimensi Batman Ben Affleck.
The Flash akan mula ditayangkan di pawagam pada 16 Jun 2023 nanti.