Treler terakhir filem Insidious: The Red Door dari studio Blumhouse, akhirnya telah didedahkan kepada umum hari ini. Filem kelima dalam siri itu, dijadual akan mula ditayangkan di pawagam pada 7 Julai 2023 nanti.
Selepas 10 tahun peristiwa ngeri dari filem pertama, cerita ini membawa penonton bertemu semula dengan keluarga Lamberts, yang masih dibelenggu oleh roh seram dari The Further. Filem kelima ini menyelami lebih dalam dimensi The Further, dan mengetahui segala rahsia silam dan menakutkan disebalik pintu merah.
Siri filem kelima ini akan kembali menampilkan pelakon utama Patrick Wilson dan watak anaknya Ty Simpkins (Iron Man 3) mengulangi semula watak mereka sebagai Josh dan Dalton Lambert. Filem Insidious 5 diarahkan oleh Patrick Wilson sendiri, dan skrip ditulis oleh Scott Teems (Halloween Kills, Firestarter), berdasarkan cerita dari Leigh Whannell dan Jason Blum.