in

Tonton treler pertama The Garfield Movie, Chris Pratt sebagai suara kucing oyen

Treler pertama untuk filem The Garfield Movie telah dikeluarkan, memberikan peminat kucing ikonik itu gambaran pertama Chris Pratt sekali lagi menjadi pelakon suara watak utama.

Filem itu menampilkan watak Garfield generasi baharu, dan mengikuti kucing oren itu memulakan pengembaraan baru selepas pertemuan yang tidak dijangka dengan bapanya yang telah lama hilang bernama Vic, seekor kucing jalanan yang disuarakan oleh Samuel L. Jackson.

jon and kitten garfield in the garfield movie

Chris Pratt yang terkenal dengan lakonannya dalam Marvel Cinematic Universe, pernah membawakan suara Mario dalam filem animasi The Super Mario Bros. Movie, dan menyuarakan watak utama dalam francais filem LEGO dan seterusnya.

The Garfield Movie menampilkan pelakon suara lain seperti Hannah Waddingham (Ted Lasso), Ving Rhames (Dawn of the Dead), Nicholas Hoult (Renfield), Cecily Strong (Saturday Night Live), Brett Goldstein (Ted Lasso), Bowen Yang (Saturday Night Live), dan Harvey Guillén (What We Do in the Shadows).

garfield movie chris pratt food lasagna

Filem ini diarahkan oleh Mark Dindal, dan ditulis oleh Paul A. Kaplan, Mark Torgove, dan David Reynolds. Ia dihasilkan oleh John Cohen, Broderick Johnson, Andrew A. Kosove, Steven P. Wegner, Craig Sost, Namit Malhotra, dan Crosby Clyse. Penerbit eksekutif termasuk pencipta Garfield Jim Davis bersama Bridget McMeel, David Reynolds, Scott Parish, Carl Rogers, Simon Hedges, Chris Pflug, Louis Koo, Steve Sarowitz, Justin Baldwin dan Peter Luo.

Filem Garfield akan mula ditayangkan di pawagam pada 24 Mei 2024.

230324 alexander nanta linggi malaymail yusof mat isa

Sarawak tidak akan terima pelarian Palestin ke negeri mereka

kuala terengganu

MBKT naikkan kadar kompaun kesalahan tempat letak kereta sebanyak 100% ​