Filem seram berbahasa Melayu Tiger Stripes, telah mencipta sejarah menjadi filem Malaysia pertama memenangi anugerah filem terbaik di Cannes’ Critics’ Week ke-62.
Usaha pengarah Malaysia Amanda Nell Eu memenangi tempat teratas, telah memberikan dia membawa pulang wang tunai berjumlah €10,000 (RM49,602).
🏆Grand Prix / Grand Prize :
Tiger Stripes de/ by Amanda Nell Eu #SDLC2023 #Cannes2023 pic.twitter.com/2OQAiGoovd— SemaineDeLaCritique (@semainecannes) May 24, 2023
Tiger Stripes juga sedang bertanding untuk anugerah Camera d’Or, anugerah untuk filem cereka pertama yang terbaik. Ia akan dipilih daripada tiga kategori iaitu Official Selection, Director’s Fortnight atau International Critics’ Week.
Presiden juri The Cannes’ Critics’ Week 2023, Audrey Diwan, memberitahu portal Screen Daily bahawa Tiger Stripes adalah filem pertama yang mereka tonton menerusi pemilihan dan ia telah melepasi ujian masa.
Tiger Stripes mengisahkan tentang Zaffan, seorang remaja berusia 12 tahun yang berjuang untuk memahami tubuhnya yang mengalami akil baligh dan kemudian bergelut dengan perubahan fizikal dirinya.
Zaffan dipulaukan oleh masyarakat kerana dianggap pelik. Selepas membuat keputusan untuk melawan rasa takut dan menerima semua keanehan tentang dirinya, Zaffan mula berubah dan muncul sebagai seorang wanita yang kuat.
Dihasilkan di bawah syarikat pengeluaran Eu Ghost Grrrl Pictures, Tiger Stripes mengisahkan tentang seorang gadis berusia 12 tahun yang tidak dapat memahami apa yang berlaku dengan tubuhnya ketika akil baligh. Filem ini dibintangi oleh oleh barisan pelakon baru, iaitu Zafreen Zairizal, Deena Ezral dan Piqa, disertai pelakon terkenal seperti Shaheizy Sam dan Fatimah Abu Bakar.
Eu yang berusia 37 tahun adalah pengarah wanita pertama dari Malaysia yang mana filemnya diketengahkan dalam acara di Cannes, dan ia merupakan filem Malaysia keempat yang bertanding di International Cannes’ Critics’ Week sejak 2010.