HBO Go mengumumkan filem Shazam! Fury of the Gods dijadual akan memasuki platform penstriman mereka pada 23 Mei 2023 ini.
Dibintangi oleh Zachary Levi sebagai Shazam, filem ini mengikuti pengembaraan Billy Batson dan adik-beradik angkatnya, yang memanfaatkan kuasa luar biasa mereka untuk berhadapan dengan Daughters of Atlas, yang bertekad untuk membawa huru-hara ke atas dunia. Antara pelakon dalam filem ini adalah Rachel Zegler, Adam Brody, Lucy Liu, dan legenda Helen Mirren, dengan David F. Sandberg sebagai pengarah utama filem ini.
Shazam! Fury of the Gods telah berjaya mengutip pendapatan sebanyak $128 juta dari seluruh dunia, dan Warner Bros. Discovery, berharap ketersediaannya di HBO Go akan menarik lebih ramai pengguna ke perkhidmatan penstriman mereka.