Filem Polis Evo 3, arahan Syafiq Yusof, telah mencapai kejayaan luar biasa dengan menjadi filem nombor satu di Malaysia untuk tahun 2023.
Hanya dalam tempoh sembilan hari sahaja, filem itu telah mengumpul RM30 juta dalam kutipan box office, merangkumi negara Malaysia, Brunei, dan Singapura.
Berita mengenai pencapaian ini dikongsi oleh penerbit dan pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam, menerusi laman Instagram Skop Productions.
“Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penonton yang mana sehingga semalam RM 30 juta dalam masa sembilan hari sahaja. Sebagai penerbit Skop Productions, saya harap sokongan berterusan dan saya juga amat berbesar hati melihat sokongan penonton di seluruh Malaysia.
“Segala yang baik datang daripada Allah SWT,” ucapnya penuh syukur.
Polis Evo 3 dengan bajet produksi RM6 juta, dibintangi oleh para pelakon terkenal seperti Zizan Razak, Shaheizy Sam, Sharnaaz Ahmad, Nora Danish dan ramai lagi.