230217112748 john wick 4 new trailer 0217
in

John Wick 5 sedang dalam pembangunan

Lionsgate sedang meluaskan dunia John Wick dengan siri Ballerina yang akan datang, permainan video, dan siri TV The Continental. Tapi yang paling mengejutkan ramai peminat adalah pihak studio telah memberi lampu hijau kepada filem John Wick 5.

Menurut sumber dari Comicbook, Presiden kumpulan Lionsgate Motion Picture, Joe Drake, mengesahkan bahawa filem John Wick yang kelima sedang dalam perbincangan awal. Seiring dengan itu, studio juga sedang berusaha untuk berkembang melangkaui filem, dengan memasuki ruang permainan video, beberapa siri berkaitan, dan rancangan TV.

“Apa yang rasmi ialah, seperti yang anda tahu, Ballerina ialah siri filem pertama yang akan keluar tahun depan. Kami juga sedang dalam pembangunan pada tiga yang lain, termasuk John Wick 5 dan siri televisyen… Jadi, kami sedang membesarkan lagi dunianya, dan apabila filem kelima itu keluar, ia akan bertumbuh — berkembang sepertimana kami mula menceritakan kisah permulaannya. Tetapi anda masih boleh berharap pada cara John Wick.”

Bagi mereka yang sudah tonton filem John Wick 4 pasti sudah tahu bahawa watak Keanu Reeves itu sudah lengkap perjalanannya. Namun, pihak studio nampaknya masih mahu meneruskan usaha, tenaga, keberanian, komitmen John Wick..

Sumber: Comicbook

Twitter video features

Twitter bakal memperkenalkan ciri baru untuk video, mahu bersaing dengan Tiktok

buli banner003 12e166e4

KPM mahu orang ramai lapor kejadian buli di portal aduan buli