Filem epik Avatar: The Way of Water oleh pengarah James Cameron bakal tersedia di platform penstriman Disney+ pada 7 Jun 2023 nanti.
Return to Pandora. 💙
#AvatarTheWayOfWater is streaming June 7 on #DisneyPlus. pic.twitter.com/5y3wZPLcz6— Disney+ (@DisneyPlus) May 15, 2023
Avatar: The Way of Water mengikuti keluarga Sully (Jake Sully, Neytiri, dan anak-anak mereka) mengikuti perjalanan keluarga mereka ke kawasan Pandora yang belum diterokai. Namun apabila ancaman lama muncul semula ke tempat barunya, Jake sekali lagi terpaksa berperang melawan manusia.
Filem ini telah ditayangkan di pawagam pada Disember 2022, dan ia terbukti menjadi satu lagi sejarah untuk James Cameron kerana filem tersebut merupakan filem ketiga dengan kutipan tertinggi sepanjang masa di seluruh dunia.