in

Disney memperkenalkan treler Haunted Mansion yang seram dan komedi

Penuh dengan barisan pelakon yang hebat, visual kesan khas yang baik, treler Haunted Mansion yang baharu menunjukkan bahawa filem ini sesuai untuk tontonan semua peringkat umur. Kami fikirkan ia menggunakan formula yang sama seperti Pirates of the Caribbean, Haunted Mansion juga akan menarik minat penonton kanak-kanak, termasuk juga dengan penonton dewasa.

Plotnya kelihatan agak mudah, sekumpulan orang duduk di rumah berhantu perlu memikirkan cara untuk menghalau roh yang terperangkap di dalam rumah tersebut, atau berisiko menjadi sebahagian daripada hantu dalam rumah agam itu selama-lamanya. Sama seperti Pirates of the Caribbean juga, Haunted Mansion diinspirasikan oleh tarikan dalam taman tema Disneyland, yang menampilkan watak dari tarikan seperti watak hantu pengantin perempuan yang memegang kapak Constance Hatchaway, Hantu Kotak Topi (Jared Leto), hantu bola kristal Madam Leota (Jamie Lee Curtis) dan beberapa lagi hantu yang menumpang dalam rumah tersebut.

Barisan ahli pelakon adalah LaKeith Stanfield, Tiffany Haddish, Owen Wilson, Danny DeVito, Rosario Dawson, Chase W. Dillon, Dan Levy. Filem ini telah diarahkan oleh Justin Simie. Haunted Mansion akan muncul di pawagam pada bulan Julai nanti.

ie 97889 1

Treler penuh filem Netflix Extraction 2 telah dikeluarkan

ea games

Arab Saudi meningkatkan pegangan sahamnya dalam syarikat Electronic Arts (EA)