Treler kedua filem Aquaman and the Lost Kingdom telah tiba, ini merupakan era filem terakhir DCEU sebelum dunia francais James Gunn ambil alih.
Filem arahan James Wan ini dibintangi oleh Jason Momoa sebagai Arthur Curry dan Amber Heard sebagai Mera. Pasangan itu membesarkan anak lelaki mereka di pondok rumah api kecil bersama dengan datuk Arthur, yang dimainkan oleh Temura Morrison. Ibu Arthur, yang dimainkan oleh Nicole Kidman, membahagikan masanya antara tugas diraja dan keluarganya.
Keadaan berubah menjadi buruk apabila Black Manta, yang dilakonkan oleh Yahya Abdul-Mateen II, kembali dengan rancangannya untuk menamatkan keturunan keluarga diraja dan mengambil alih kerajaan. Dia bekerjasama dengan beberapa makhluk laut berbahaya untuk melaksanakan rancangannya.
Barisan pelakon Aquaman and the Lost Kingdom juga termasuk Patrick Wilson sebagai Orm Marius, Dolph Lundgren sebagai Nereus, Randall Park sebagai Dr. Stephen Shin, Vincent Regan sebagai Atlan, dan Indya Moore sebagai Karshon.
Aquaman and the Lost Kingdom diarahkan oleh James Wan dan diterbitkan oleh Peter Safran, Wan, dan Rob Cowan. Penerbit eksekutif termasuk Galen Vaisman dan Walter Hamada. Lakon layar ini ditulis oleh David Leslie Johnson-McGoldrick, berdasarkan cerita oleh James Wan, David Leslie Johnson-McGoldrick, Momoa, dan Thomas Pa’a Sibbett.
Filem ini dijadualkan ditayangkan di pawagam pada 22 Disember 2023.