skynews trevor jacob jump plane 5751853
in

YouTuber yang sengaja menjatuhkan pesawat demi untuk kandungan telah mengaku bersalah

Seorang Youtuber yang juga juruterbang dari California bernama Trevor Jacob telah menjatuhkan kapal terbangnya di Hutan Simpan Kebangsaan Los Padres, demi untuk menghasilkan kandungan untuk video Youtubenya, yang kemudian turut menganggu siasatan ejen persekutuan dengan cuba menghapuskan kawasan bukti.

Dalam video bertajuk “I Crashed My Plane” yang telah dimuat naik pada Disember 2021, beliau telah membuat terjunan terus dari tempat pemandu kapal terbang, menggunakan payung terjun sambil memegang kayu swafoto, manakala kapal terbang tersebut diletak dengan pelbagai kamera GoPro bagi merakam saat kapal terhempas, video itu telah mendapat tontonan sebanyak 3 juta sehingga hari ini.

Beliau yang ketika ini berumur 29 tahun, telah mengaku bersalah atas tuduhan membersihkan tapak kejadian, dan bakal berdepan dengan hukuman penjara sehingga 20 tahun. Lesen juruterbangnya telah dibatalkan oleh Pentadbiran Penerbangan Persekutuan pada tahun 2022 lepas.

20230505001794325107 original 1 1

Ed Sheeran menjelaskan bagaimana dia memenangi perbicaraan hak cipta di mahkamah dengan gitar

02 fx dm mobile banner 1080x745 pl f01 031323 64108e7aa3468 1

Vin Diesel mendedahkan Fast X kini merupakan trilogi, serta The Rock juga kembali