warga malaysia jail arab saudi
in

Warga Malaysia ditahan di Arab Saudi kerana mengkritik kerajaan di laman Twitter

Seorang lelaki warga Malaysia bernama Saifuddin Amri, dilaporkan telah ditahan di Arab Saudi selepas dia mengkritik kerajaan negara tersebut di Twitter.

Berita itu dikongsi oleh seorang pengguna Twitter bernama Ustaz Addien, yang mendakwa menerima maklumat itu daripada keluarga Saifuddin sendiri. Ustaz Addien merayu kepada kerajaan Malaysia, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, untuk membantu membebaskan Saifuddin.

73979720
Gambar hiasan

Saifuddin dikatakan tinggal seorang diri di Arab Saudi, manakala isteri dan anak-anaknya tinggal di Malaysia.

Akaun Twitter Saifuddin telah dinyahaktifkan, tetapi netizen berjaya merakamkan tangkapan skrin tweet kontroversi yang didakwa menyebabkan dia menghadapi masalah dengan pihak berkuasa Arab Saudi.

Dalam tweet tersebut, Saifuddin dikatakan mengecam kegiatan maksiat yang disaksikannya di negara berkenaan, seperti dunia hiburan, pelacuran, dan ketersediaan arak di pasaran gelap. Beliau juga mendakwa kebanyakan pendakwah di Arab Saudi adalah sebahagian daripada kumpulan Madkhalis, yang setia kepada pemerintah dan raja negara itu. Dipercayai dia juga kehilangan pekerjaan akibat tweet tersebut.

F OdyAbaoAAmDpQ

Ketika berita ini ditulis, Wisma Putra dan Menteri Luar Negeri masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan untuk mengesahkan dakwaan itu.

Arab Saudi terkenal dengan undang-undang yang ketat terhadap kritikan terhadap kerajaan dan pemimpinnya. Pengkritik biasanya akan berdepan hukuman berat, termasuk penjara.

Antara individu yang pernah menghadapi hukuman Arab Saudi ialah bekas pendakwah Masjidil Haram, Sheikh Saleh Al Talib. Dia didakwa menyampaikan khutbah yang mengkritik dan mengecam konsert dan acara hiburan di negara tersebut. Dia telah dipenjarakan sejak Ogos 2018.

Sumber: X (Twitter)

harimau malaya malaysia

Tiket perlawanan Malaysia dan Kyrgyzstan bagi kelayakan Piala Dunia bermula RM5

irenne syamsul kawan

Irene Deanna perjelas hubungan dengan Syamsul Yusof, “Hanya Kawan”