Seorang wanita di telah mencetuskan kemarahan warga netizen selepas dia dirakam dalam video tanpa segan silu meminta katerer membungkus makanan untuknya sebelum majlis itu bermula.
Video yang tular di media sosial itu menunjukkan wanita yang memakai baju hitam dan seluar itu menghampiri katering dan meminta makanan dibungkus untuknya. Dia mengatakan bahawa tuan rumah telah membayar makanan dan dia hanya mahukan satu atau dua lauk.
“Dia orang (tuan rumah) kan dah bayar. Setakat satu dua bungkus takkan tak boleh ‘tapau’ (bungkus),” mintanya.
@wan_takaful Time tengah record video lauk pengantin, tibe2 dengar kecoh2 pasal ni ❗️ #fypシ #tapau #bungkus #kenduri #makcikbawang ♬ Suspenseful and tense orchestra(1318015) – SoLaTiDo
Bagaimanapun, dua pekerja wanita berkenaan memaklumkan mereka tidak boleh berbuat demikian kerana masih awal dan jika sudah di akhir majlis tiada masalah untuk berbuat demikian.
“Tak boleh makcik kalau akhir-akhir tu bolehlah kita orang nak bungkus,” katanya.
Wanita berkenaan yang membahasakan dirinya ‘acik’ bagaimanapun berkeras juga mahukan lauk dibungkus kepadanya.

“Acik (makcik) nak juga. Acik nak dua, tiga jenis lauk je,” katanya.
Katerer sekali lagi menjelaskan bahawa mereka tidak diarahkan oleh tuan rumah untuk membungkus makanan untuk mana-mana tetamu dan mereka tidak boleh melakukannya tanpa kebenarannya.
“Tak boleh makcik. Kalau dah akhir-akhir (kenduri) bolehlah bungkus. Kami tidak dimaklumkan apa-apa oleh tuan rumah. Pengurus kami pun tak cakap apa-apa.
“Kami tidak boleh buat sesuka hati. Nanti kita orang yang kena. Kami boleh saja ‘tapaukan’, tapi sekarang baru nak mula,” kata pekerja tersebut.
Insiden itu mencetuskan kemarahan netizen yang mengecam sikap wanita itu sebagai tidak tahu malu dan tidak beradab. Ramai telah menegaskan bahawa adalah tidak sopan untuk meminta makanan dibungkus sebelum majlis bermula, dan wanita itu sepatutnya menghormati keputusan katering.
Di ruangan komen menerusi video yang meraih lebih 1.2 juta tontonan itu, rata-rata netizen terkejut dengan sikap mendesak tetamu wanita berkenaan yang mahu menapau lauk kenduri.
“Selamba nak bungkus lauk, majlis tak mula lagi.
“Kalau aku pergi kenduri, jangankan nak tapau, nak makan lebih pun malu,” komen netizen.

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, hukum menapau makanan kenduri adalah harus sekiranya mendapat keizinan daripada tuan rumah atau tuan majlis.
“Begitu juga, pada setengah keadaan, adat kebiasaan setempat atau sebarang petunjuk lain membenarkan perbuatan menapau makanan.
“Namun, sekiranya tidak mendapat keizinan daripada tuan majlis atau adat setempat menunjukkan perbuatan tersebut tidak dibenarkan meskipun untuk kuantiti yang sedikit, maka hukumnya adalah haram,” katanya.
Menerusi ruangan komen, ramai yang mengecam tindakan wanita berkenaan. Namun, ada juga yang berpendapat rakaman tersebut hanyalah sekadar lakonan semata-mata.
Sumber: TikTok